Followers

Klik Jika Anda Suka Blog Ini

Iklan / Advertisement

Iklan / Advertisement

Search

Saturday, March 31, 2012

Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012








Pada tahun 2007, WWF-Australia telah mengilhamkan penduduk bandar Sydney supaya menunjukkan sokongan mereka untuk tindakan perubahan iklim dalam acara "Earth Hour" yang pertama.Ia telah menunjukkan bahawa semua orang, dari kanak-kanak sehinggalah ke CEO syarikat dan ahli politik, mempunyai kuasa untuk mengubah dunia yang mereka diami. Di Sydney, Australia, 2.2 juta individu dan lebih daripada 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam untuk menunjukkan sokongan mereka dalam melawan perubahan iklim.

Pada tahun 2008, mereka merancang untuk mengembangkan program Hour ke seluruh Australia. Tetapi kemudian Bandar Toronto, Kanada, secara tiba-tiba berminat untuk menyertainya dan tidak lama selepas itu, 35 buah negara dan hampir 400 bandar dan pekan menjadi sebahagian daripada peristiwa itu. Ia telah menunjukan kepada dunia bahawa iklim cabaran yang dihadapi oleh planet kita adalah begitu ketara sehingga perubahan perlu menjadi global.

Dengan jemputan untuk 'mematikan tenaga' diperluaskan kepada semua orang, Earth Hour dengan cepat menjadi satu acara tahunan global. Ia dijadualkan pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Mac.

Pada 2011, Earth Hour menyaksikan beratus-ratus juta rakyat di seluruh 135 negara matikan lampu selama sejam. Tetapi ia juga menandakan permulaan sesuatu yang baru - masa untuk melakukan tindakan yang berpanjangan kepada perubahan iklim. Dan dengan kuasa rangkaian sosial di sebalik mesej Earth Hour, kami berharap untuk menarik penyertaan yang lebih banyak supaya kita dapat membina sebuah masyarakat yang benar-benar global yang komited untuk mewujudkan sebuah planet yang lebih mapan.






















http://www.earthhour.org/

Thursday, March 29, 2012

Tahun Melawat Perak 2012 - Visit Perak 2012

Sempena dengan Tahun Melawat Perak pada tahun ini, admin nak share dengan korang beberapa lokasi menarik yang boleh di lawati di negeri Perak Darul Ridzuan.

1 ) Menara Condong, Teluk Intan - Menara yang condong dengan sendirinya ini dikatakan mirip Menara Condong Pisa, Italy

Menara ini dibina pada tahun 1885 dengan ketinggian 25.2 meter





2) Masjid Ubudiah / Ubudiah Mosque - antara masjid tercantik di Malaysia




masjid ini telah dibuka pada tahun 1917



3) Teluk Batik - Lokasi mandi-manda di yang indah




Kraftangan dari hasil laut dijual










Pemandangan pantai yang indah



4) Mangrove Swamp Park / Taman Paya Bakau, Seri Manjung











Tuesday, March 27, 2012

Clarion Melancarkan "Mirage", Sistem Radio Automotif OEM Pertama Menggunakan Android


Clarion, melancarkan stereo kereta terbaru, Mirage di Pulau Pinang petang ini. Mirage dikatakan akan menjadi sangat masyhur kerana ia adalah sistem stereo automotif kereta yang pertama berasaskan Android di pasaran. Walaupun Sistem ICE yang menggunakan platform telefon pintar Android Google sudah pun wujud, tetapi kata kunci di sini adalah sistem stereo automotif gred penuh, atau standard OEM.

Clarion buatan Jepun adalah tidak asing kepada perniagaan stereo kereta, dan merupakan salah satu jenama paling dikenali, tetapi syarikat itu kini mahu menerajui teknologi dengan Mirage, yang mana Pengarah Urusan Clarion Malaysia, TK Tan menggelarnya "stereo kereta pintar", bersamaan dengan telefon pintar hari ini.



"Sesiapa yang menggunakan telefon bimbit Android tahu bahawa ia adalah lebih daripada sekadar peranti untuk membuat dan menerima panggilan. Ia adalah telefon pintar. Begitu juga, Clarion Mirage adalah lebih daripada hanya stereo kereta tipikal anda, ia stereo kereta pintar yang boleh dinaiktaraf, "katanya.



Dibangunkan di Clarion Malaysia di Pulau Pinang, Mirage dilengkapi dengan LCD 6.5 inci yang dihubungkan antara muka skrin sentuh pengguna grafik (GUI) Android. Menurut kepada pengguna Samsung Galaxy Note, GUI Mirage adalah mesra pengguna.

Clarion mempunyai satu unit demo dilengkapi dengan Facebook, Twitter dan juga Angry Birds. Sudah semestinya banyak lagi aplikasi boleh dimuatturun dari Play Store.



Ini bermakna bahawa kemungkinan yang disediakan oleh Mirage adalah besar. Radio Clarion terbaru ini menggunakan Android versi 2.2 Froyo, dan disesuaikan untuk platform kereta. Penyesuaian itu dibantu oleh Wind River, sebuah jabatan milik penuh Intel, yang juga menyediakan integrasi perisian.

Tetapi haruslah diingat bahawa ini adalah stereo kereta, jadi selain daripada bit Android, Mirage adalah pemain AVN double-DIN yang menerima kad SD, peranti USB dan sambungan Bluetooth, walaupun ia tidak mempunyai slot cakera.



Clarion percaya bahawa cakera padat sudah ketinggalan zaman. Selain itu, unit utama radio akan menjadi lebih tahan lama tanpa mekanisme cakera padat, pihak R & D menjelaskan, walaupun ia menggunakan Android,Mirage juga mesra iOS. Jadi iPhone atau iPod anda boleh disambungkan untuk mendengar muzik mudah alih anda.


Sumber dan sambungan di paultan.org

Monday, March 26, 2012

The Azenders - Livin' Rock N Roll (Official Music Video)

Oh Chentaku - sing it rock & roll

Monitor Komputer Lutsinar

rasenye owner pc ni letak gambar meja belakang tu sebagai wallpaper

Sumber weirdpicturearchive.com


Headline akhbar yang menarik



Sumber weirdpicturearchive.com

Batu Nisan Terpakai untuk Dijual?

macam2 dunia sekarang ni....

Sumber weirdpicturearchive.com

Papan Tanda Pelik


"Now Hiring Losers"


Jika kereta anda rosak, anda perlu berjalan kaki sejauh 174 km ???






Berkelah di tanah perkuburan??




"Quit Stealing Our Letters"




hahahahahaha






sumber weirdpicturearchive.com

Formula 1 Sepang 2012 - Tuah Hujan

Selepas lama namanya tenggelam, Fernando Alonso kembali menemui sentuhan pemanduan magis apabila muncul juara perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas semalam sekali gus melakar kemenangan ketiganya di Litar Antarabangsa Sepang selepas kali terakhir pada 2007.



Memandu jentera Ferrari, kemenangan yang dilakar juara dua kali itu bagaimanapun bukan mudah selepas menerima tentangan sengit daripada pendatang baru, Sergio Perez dari pasukan Sauber yang pada satu ketika hampir memotong Alonso, namun nasib tidak memihak kepada pemandu Mexico itu apabila terbabas di pusing ke 50.



Alonso pula menggunakan segala pengalamannya sejak kali pertama berlumba pada 2001 untuk memimpin saingan ketika perlumbaan bersambung semula selepas dihentikan seketika pada pusingan kesembilan akibat hujan lebat.



Sejak daripada itu, Alonso terus memecut laju tetapi Perez nyata tidak memberi ruang mudah kepadanya dengan kerap kali merapatkan jurang sebelum terbabas dan sekadar berpuas hati di tempat kedua.



Bagaimanapun aksi pemandu berusia 22 tahun itu yang beraksi pada musim penuh keduanya di F1 sudah cukup untuk menenggelamkan kejayaan Alonso apabila berjaya mencuri tumpuan ramai pihak selepas hanya bermula di petak kesembilan tetapi menamatkan perlumbaan dengan hanya ketinggalan 2.2 saat di belakang Alonso.



"Kejayaan ini agak mengejutkan kerana secara jujur kami tidak begitu kempetitif sepanjang minggu ini, begitu jugak ketika di Australia minggu lalu. Tetapi hari ini kami berjaya melakukan yang terbaik."



" Saya berjaya meraih kedudukan terbaik pada pusingan kelayakan dan hari ini memandu dengan penuh kesabaran. Apapun pasukan melakukan tugas dengan cemerlang.


" Kemenangan ini juga menunjukkan kami semakin menunjukkan peningkatan selepas agak bergelut pada awal saingan musim ini. Ia memberi motivasi terbaik kepada kami semua." kata Alonso.


Lewis Hamilton melakar skrip sama seperti di Australia minggu lalu apabila sekadar berpuas hati di tempat ketiga meskipun bermula dari petak pertama.


Sumber myMetro

Saturday, March 24, 2012

Mountain Bike Downhill ,Alejandro Paz - zona de piedras Casta

Indahnya Dunia - Gambar-Gambar Google Earth yang Menakjubkan

Plane graveyard: Scrapped jets line the dry and dusty ground in Arizona

Tempat simpanan jet di Arizona

Caves in Faro, Portugal: A rocky beach sets the scene for a peaceful and tranquil area

Caves in Faro, Portugal: Pantai batu dengan pemandangan yang cantik

Frond of that view: Palm Island in Dubai makes for a startling image from up above

Palm Island, Dubai

Hawaii, USA: The volcanic island gets plenty of upvotes on new website Stratocam

Hawaii, USA: Pulau Gunung Berapi

A river runs through it: An aerial view of the landscape surrounding Los Angeles shows houses and farms clustered around the water

Kawasan perumahan dan ladang di Los Angeles, USA

This image of Saudi Arabia appears to show farming communities in the desert, stretching out over a wide landscape

Saudi Arabia - Kawasan perladangan di padang pasir

More than an Eiffel: Paris gets the skyline treatment

Eiffel Tower, Paris


An askew look at Budapest, Hungary: The quiet streets are dwarfed by a central church

An askew look at Budapest, Hungary: The quiet streets are dwarfed by a central church

City of canals: A typical day in Venice sees boats, ships and gondolas traversing the water highways

Venice - Bandar Terusan, Lebuhraya air

Is this lego? Crayons? or lorries waiting at a depot in Los Angeles?

lego? Crayons? ataupun lori di depoh, Los Angeles?


sumber: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2115406/Stratocam-Google-Earth-mash-allows-users-best-aerial-photographs-planet.html#ixzz1q45BvpfG

Friday, March 23, 2012

Printer Moden Yang Sangat Awesome













Printer ini memang sangat canggih dan lebih hijau kepada bumi kita ini. Nak tau ape hebatnye printer ni? Gambar2 ini dapat menceritakan kehebatan printer ini.


sumber lepak.my














Thursday, March 22, 2012

Model Seksi Untuk Kalendar 7 Up







Sumber bloglucumenarik.blogspot.com

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)

Tiga Abdul Cemerlang SPM 2011


JITRA : Tiga beradik kembar yang lebih dikenali dengan nama ‘Tiga Abdul’ mencatat sejarah bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), di sini, apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan, semalam.

Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak masing-masing berusia 18 tahun menganggap kejayaan mereka sebagai hadiah kepada ibu bapa yang banyak berkorban serta memberi semangat kepada mereka.

Abdullah memperoleh keputusan 7A 2B; Abdul Rahim meraih 9A manakala Abdul Razak mendapat 8A 1B. Abdullah berkata, dia dan adik-adiknya tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu kerana ketika peperiksaan percubaan, mereka mendapat keputusan kurang baik.

Menurutnya, rahsia kejayaan mereka mendapat keputusan cemerlang dengan sentiasa memberi tumpuan ketika guru mengajar dan mengulang kaji pelajaran cara mereka.

“Kami bertiga selalu mengadakan perbincangan setiap malam dan akan merujuk kepada rakan lain seterusnya kepada guru jika tidak dapat menyelesaikan masalah.

“Selain itu, kami sering membaca al-Quran dan melakukan solat hajat terutama ketika menghadapi peperiksaan bagi mencari ketenangan.

“Kami juga mengamalkan makan kismis tujuh biji sebelum masuk ke bilik peperiksaan,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama dua lagi adik kembarnya.

Abdul Rahim juga berterima kasih kepada guru SMSAH yang banyak membantu mereka bersaudara, malah tidak jemu memberi tunjuk ajar serta sanggup datang pada waktu malam untuk mengajar terutama ketika menjelang hari peperiksaan.

“Memandangkan tinggal di asrama, kami menganggap guru seperti ibu bapa juga yang sentiasa mengambil berat sama ada pelajaran mahupun kehidupan seharian di asrama,” katanya yang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola.

Sementara itu, Abdul Razak pula berkata, walaupun gembira dengan pencapaian mereka, namun terkilan kerana seorang lagi kembar mereka, Abdul Rahman tidak dapat meraikan kejayaan itu bersama apabila meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang ketika berusia lima tahun.

Sumber Metro

Soalan Yang Ramai Perempuan Tak Boleh Jawab

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
nak nombor telepon boleh tak??
hahahahaha

Sumber bloglucumenarik.blogspot.com

Kantoi, bayang org bogel pada barang jualan di Mudah.my


Sumber Bloglucumenarik.blogspot.com

Siape sudi jadi kekasihnya?

hahahahahahahahaha

Sumber bloglucumenarik.blogspot.com

Friday, March 16, 2012

"Mammoth" (Gajah Purba) Mungkin Boleh Dihidupkan Semula


Sebuah makmal penyelidikan Korea Selatan yang diketuai oleh seorang saintis kontroversi yang datang ke dalam fokus untuk skandal "stem-cell" enam tahun lalu telah merancang untuk bekerjasama dengan sebuah universiti Rusia untuk mewujudkan semula mammoth.

Hwang Woo-Suk telah berada di bawah banyak penelitian kerana peranannya dalam penyelidikan sel stem embrio apabila dia mendakwa telah mengekstrak sel stem daripada apa yang dipanggil sebagai embrio klon manusia pertama di dunia. Tetapi kemudian didapati bahawa data itu semua palsu dan beliau telah dihalang daripada menjalankan apa-apa penyelidikan. Tetapi, walaupun dihalang, beliau meneruskan kerja beliau pada menyempurnakan teknik pengklonan haiwan. Beliau sebelum itu juga mendakwa bahawa telah menghasilkan anjing klon yang pertama di dunia.

Pada bulan Disember, ada berita yang mendapat perhatian semua ahli-ahli sains di seluruh dunia yang menyatakan bahawa terdapat sampel yang berdaya maju sumsum tulang dari tulang paha beku mammoth di Republik Sakha Rusia. Selepas itu, terdapat spekulasi tersebar, sama ada mammoth boleh diklon kembali dari kepupusan menggunakan sampel tersebut.

Kini, terdapat laporan bahawa proses pengklonan boleh bermula seawal tahun ini jika kapal Rusia kekal milik makmal Sooam. Satu-satunya halangan untuk para saintis memulihkan sel-sel mammoth. Tinggalan beku telah di permafros (dibekukan) di Siberia selama 10,000 tahun yang boleh membuat segala-galanya agak rumit bagi pihak para saintis.

Proses pengklonan akan dijalankan dengan meletakkan bahan genetik yang raksasa ke dalam telur bayi gajah yang kemudian akan diletakkan di dalam rahim gajah betina, diharapkan dapat melahirkan bayi mammoth.

dipetik dari frenchtribune.com

Thursday, March 15, 2012

New Proton 2012 - Video Teaser



Tibe2 rase macam nak tukar kerete lak....

Ibu Mimpi Berjumpa Dirang ‘Mak, kau cari aku ke?’

PASIR GUDANG: “Malam tadi (kelmarin) Dirang muncul dalam mimpi, dia memeluk dan mencium saya sambil berkata: ‘Mak, kau cari aku ke?’

“Saya mengiakannya sebelum bertanya mengapa dia tidak balik dan Dirang menjawab: Jangan sedih lagi, aku di sini sudah ok,” kata Roselyn Alan, 25, ibu kanak-kanak berusia lima tahun yang dibunuh sebelum dibakar, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang.


Roselyn yang ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini semalam pada mulanya enggan ditemui kerana masih bersedih dengan kehilangan Dirang, namun akhirnya sudi berkongsi perasaannya selepas dipujuk.

Sebelum itu, dia bersama 150 orang menghadiri pengebumian jenazah Dirang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pertanian Masai, jam 1.20 tengah hari.


Menurut Roselyn, walaupun sedih dia tetap tabah menerima takdir kehilangan anak dalam keadaan cukup tragik.


“Saya memang sedih, namun sebagai orang Islam, saya reda pemergian Dirang. Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk polis dan jiran yang banyak membantu kami selama ini.

“Mungkin takdir Dirang begitu, walaupun dia pergi buat selama-lamanya, sekurang-kurangnya saya dapat melihat jenazahnya buat kali terakhir,” katanya.


Pada masa sama, Roselyn memaklumkan mereka sekeluarga mempertimbangkan berpindah ke tempat lain. “Saya sering teringat serta terbayang wajah dan keletah Dirang apatah lagi apabila menonton siri animasi kegemarannya, Upin dan Ipin di televisyen.

“Kami bercadang berpindah bagi melupakan semua kenangan di sini. Bagaimanapun ia masih dalam perbincangan memandangkan suami belum mendapat tawaran kerja,” katanya.


Roselyn yang mengulangi harapan agar pembunuh Dirang menerima hukuman setimpal secepat mungkin berkeyakinan bekas suaminya tidak terbabit dengan kematian anak mereka.


“Saya harap pembunuh akan ke tali gantung. Selain itu, saya percaya bekas suami tiada kena mengena dalam pembunuhan Dirang kerana dia terlalu sayangkan anaknya apatah lagi kami berpisah cara baik,” katanya.


Menurut Roselyn, keluarganya juga mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin tiga hari berturut-turut bermula semalam.


Pada 1 Mac lalu, Dirang dilaporkan hilang ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit di flat berkenaan.


Hasil siasatan dan makulmat awam, polis kemudian menemui rangka manusia di dalam lubang di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Masai pada 8 Mac lalu dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan terhadap rangka berkenaan mendapati ia sepadan DNA Roselyn.


Empat suspek membabitkan sepasang kekasih, rakan mereka serta bapa kandung Dirang masih ditahan reman oleh polis hingga esok bagi membantu siasatan.


Dipetik dari myMetro

Wednesday, March 14, 2012

Jurujual Teruja Jadi ‘Anak Patung’ Barbie


LONDON : Peminat Barbie, Charlotte Hothman, membelanjakan RM50,000 semata-mata untuk menampilkan dirinya seperti anak patung keluaran jenama berkenaan, lapor media semalam.

Bekerja sebagai jurujual, Charlotte, 24, mengubah suai hidung dan bibirnya supaya menyerupai anak patung.

Dia turut mewarnakan rambutnya, selain menggunakan wang simpanan membeli pakaian serupa dengan anak patung Barbie.

Kata Charlotte, walaupun pengalaman pembedahan itu menyakitkan, dia menganggap ia berbaloi.

“Saya memerlukan beberapa minggu untuk menghilangkan kesan bengkak akibat pembedahan itu,” katanya.

Dengan perubahan fizikal itu, Charlotte berkata, dia sangat berpuas hati.

“Gadis mana yang tak mahu menjadi seperti Barbie?” katanya.

Dipetik dari maklumat.my