Followers

Time kasih pada pelawat2 Blog ni

Klik Jika Anda Suka Blog Ini

Iklan / Advertisement

Iklan / Advertisement

Search

Monday, April 30, 2012

Poskad Dihantar Pada Tahun 1958 Akhirnya Sampai ke Penerimanya


CHICAGO - Sekeping poskad yang diposkan dari Chicago pada tahun 1958 akhirnya sampai ke penerimanya, dengan sedikit bantuan dari laman sosial Facebook.

McMurry, 71 tahun berkata dia dapat mengenali tulisan tangan ibunya pada poskad tersebut.
Poskad itu dialamatkan kepada Lane Clairmont di Decatur, Georgia, di mana McMurry membesar. Tetapi baru-baru ini tiba di peti mel Elizabeth Fulcher pada Clairmont Lane di Selatan Daytona, Florida.
Fulcher telah menyiarkan gambar poskad tersebut di Facebook dan rakan-rakannya membantu mengesan McMurry.
Punca kelewatan mel tersebut hampir setengah abad kekal misteri.


sumber

Mak Lawa, Anak Cun - Neelofa

“SEMUA ini anugerah Allah. Cuma setiap kali bersalin, saya mementingkan soal berpantang,” kata Bedah Saad, 59, ibu kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan, 40, dan Ayu Raudhah, 27, mengenai rahsianya memperoleh anak mempunyai rupa paras cantik.

Selain Rozita dan Ayu Raudhah, tiga lagi anak perempuan Bedah iaitu Robithoh, 35, yang juga isteri pelawak Lan Pet Pet, Rahaiza, 31, dan Rahimah, 41, turut memiliki rupa paras menawan.

Keluarga ini turut memiliki dua saudara lelaki iaitu Rashidi, 33, dan Mohd Rafiudin, 24.

Bedah berkata, dia turut menggalakkan semua anak perempuannya melakukan amalan lepas bersalin dalam usaha mengekalkan bentuk badan, selain lebih sihat.

“Sepanjang tempoh berpantang, saya memang berdisiplin, terutama membabitkan makanan. Semua ini diajar ibu saya dan saya kemudian menurunkannya kepada anak.

“Setiap kali bersalin pula, saya berpantang dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan bentuk tubuh langsing. Saya tak makan apa-apa jamu tapi jaga pemakanan harian dan banyak minum air suam, selain bangun awal setiap hari,” katanya.


sumber
sumber foto

Mangsa keadaan - Dira

INSIDEN pijak kepala di pusat hiburan terkemuka dan cuba bunuh diri dengan minum bahan peluntur yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, berjaya ‘menghangatkan’ nama pelakon dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar.

Ramai menuding jari kepadanya walaupun Dira menafikan perkara itu kerana masyarakat percaya segala spekulasi itu apabila kerjayanya sebagai pengacara Melodi menjadi mangsa. Dira direhatkan dari mengendalikan program popular itu sejak 8 April lalu.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran desas-desus itu? Sepanjang mengenali figura ini, dia tahan lasak, berjiwa kental dan tidak mudah tunduk dengan kegagalan. Wujud kesangsian dia tergamak melakukan kerja ‘bodoh’ itu semata-mata tertekan dengan liputan meluas kontroversi yang menjejaskan nama baiknya.

Ketika hadir menjayakan sesi fotografi bersama SELEBRITI, wanita sempoi ini cukup tenang bahkan tiada tanda-tanda dia mengalami tekanan. Malah ketika diajak berbual dari hati ke hati, penggemar motosikal berkuasa besar ini yang juga isteri pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof, masih sempat berjenaka.

Katanya, hampir lima tahun berada dalam industri jarang ceritanya diperkatakan. Namun disebabkan kisah satu malam itu, dia tiba-tiba popular.

“Sebelum ini hanya kisah perceraian saya dengan bekas suami diperkatakan. Itupun sekejap saja. Selebihnya, saya tidak ada kontroversi. Saya bekerja siang malam tetapi masih ada yang belum kenal saya tetapi kerana kontroversi ini, nama saya terus jadi panas. Bagus juga dari orang tak kenal, terus kenal.

“Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila mengetahui cerita pergaduhan itu sudah tersebar luas. Orang pertama yang saya hubungi adalah abang saya. Suami yang berada di Bangkok atas urusan kerja mengirimkan SMS untuk mengetahui cerita sebenar. Dia yang sudah faham dengan sepak terajang industri hiburan tanah air, minta saya bertenang dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Saya melihat dugaan ini dari sudut positif. Tidak guna melatah atau melenting kerana ia hanya akan burukkan lagi keadaan. Biarlah orang mahu fikir atau cakap apa saja. Lagipun benda sudah berlaku, saya tidak boleh tutup mulut orang daripada terus bercakap. Apabila penat, mereka akan berhenti dan keadaan akan reda dengan sendirinya.

“Saya tidak boleh ulas panjang cerita ini kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa dan biarlah mereka jalankan tugas. Apa yang boleh saya katakan, saya mangsa keadaan dan yakin kebenaran akan terungkap selepas siasatan selesai,” katanya.

Mengenai cerita dia minum bahan peluntur, sambil ketawa Dira menjelaskan memang benar dia bermalam di Hospital Serdang, Selangor baru-baru ini tetapi bukan kerana dakwaan itu sebaliknya masalah tekanan darah rendah dan serangan gastrik yang teruk.

“Saya muntah hingga lembik. Bimbang dengan keadaan saya, ibu mendesak saya bermalam di hospital. Peluang sebegini memang dinanti-nantikan ibu untuk memastikan saya dapat berehat. Sebelum ini, jika demam beberapa kali juga dia minta doktor tahan saya di hospital kerana dia tahu jika saya dibenarkan pulang ke rumah, saya akan keluar bekerja.

“Hairan, macam mana boleh timbul cerita saya minum bahan peluntur. Saya masih waras, takkan saya buat perkara yang terang-terangan ditegah agama. Jadi tak payahlah tokok tambah cerita,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman.

Akui Dira, kontroversi yang merantai namanya itu langsung tidak menjadi kudis bahkan dia akan terus berada dalam industri selagi diperlukan. Andai rezekinya berkurangan selepas ini, dia reda sementelah memang ada hasrat untuk memperlahankan aktiviti seni.

Katanya, dia mahu tumpukan perhatian terhadap suami dan puteri tunggalnya, Tengku Anggun Deandra, 5, serta syarikat produksinya, Hyper Pictures Sdn Bhd serta bisnes permotoran, Red Garage.

“Empat tahun lepas, saya banyak terlepas momen penting dengan Anggun kerana sibuk dengan komitmen di lokasi penggambaran. Tidak lama lagi Anggun akan masuk sekolah rendah. Jadi sebagai ibu, saya mahu habiskan lebih banyak masa dengannya.

“Saya juga baru mendirikan rumah tangga, jadi kenalah ada lebih masa untuk suami. Kebetulan pula kami baru berpindah rumah, bolehlah saya fokuskan perhatian menghias rumah baru.

“Sebelum ini, saya jarang dapat ruang berehat. Lepas satu, satu penggambaran dan kerana itu saya putuskan jika ada tawaran selepas ini, saya akan berehat sekejap untuk luangkan masa dengan famili dan kemudian barulah kembali ke lokasi,” katanya.

Rutin harian Dira juga terisi dengan kuliah apabila bergelar pelajar sarjana Digital Filem dan TV di Universiti LimKokWing sejak empat minggu lalu. Ikut perancangan asal, lulusan Ijazah Perundangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mahu menyambung pengajian di Los Angeles selepas perkahwinan pertamanya berakhir.

Namun tawaran mengacarakan program Melodi terbitan TV3 dan kembali mendirikan rumah tangga membantutkan hasrat itu. Minggu pertama menghadiri kuliah dan memenuhi tuntutan tugasan yang diberikan pensyarah, akui Dira, terasa janggal tetapi keseronokan bergelar pelajar kian terasa. Malah dia sangat teruja bergaul dengan rakan sekelas yang datang dari pelbagai negara.


Pelacur hati kering

Menyingkap sisi kariernya, aktres manis yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama Cinta Dalam Hati bersama aktor popular, Remy Ishak ini berdebar menanti tayangan tiga filem lakonannya yang akan menemui penonton tahun ini iaitu Chow Kit, Untuk Tiga Hari dan Ngorat.

Paling hampir, tayangan Chow Kit akan bermula 3 Mei ini di mana Dira melakonkan watak Salina, tukang urut batin yang dulunya pernah melacur. Meskipun genre berat bukan asing baginya apatah lagi sebelum ini pernah menjayakan watak pelacur, cabaran kali ini disifatkan berbeza kerana ia untuk tayangan layar lebar yang menuntut kesempurnaan dari aspek persembahan.

Dalam filem ini, Dira perlu meletakkan dirinya sebagai insan yang membesar di lokasi hitam yang pernah menjadi nadi Kuala Lumpur.

“Membesar di lorong gelap menjadikan Salina berhati kering. Pengalaman hitam yang dilaluinya membuatkan jiwanya beku sehinggakan apabila temannya dirogol, dia menganggap kejadian itu sebagai perkara biasa.

“Jujur, wujud tekanan apabila menjayakan watak ini lebih-lebih lagi ada beberapa babak yang agak mengghairahkan. Lakonan di layar perak lebih ekstrim berbanding di TV. Segala kesilapan biarpun kecil, penonton akan nampak jadi kena buat betul-betul.

“Bagaimanapun saya bertuah kerana semua yang terbabit dalam penggambaran ini saling memahami dan membantu. Apabila ada babak yang menuntut fokus yang lebih, mereka akan biarkan saya bersendirian agar mood tidak terganggu,” katanya.

Tambahnya, pengalaman bergaul dengan penghuni lorong gelap membuka matanya terhadap banyak perkara bahkan wujud kesedaran dalam diri untuk lebih bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Naluri keibuannya tersentuh setiap kali melihat anak-anak lorong yang berkeliaran dan bermain di kawasan yang menyimpan 1001 cerita itu. Biarpun serba kekurangan, mereka tabah melalui keadaan itu dan berjiwa kental.

“Sepanjang tiga minggu berkampung di Chow Kit, saya dapat melihat macam-macam senario kehidupan. Paling menangkap perhatian, anak-anak yang membesar di lorong. Dari kecil mereka sudah biasa melihat dan terdedah dengan senario tidak sihat. Kasihan melihat mereka ini berkeliaran di tempat yang tidak bagus untuk pembesaran.

“Biarpun sedih jauh di sudut hati saya menghormati dan berasa sangat kagum dengan ketabahan mereka. Bayangkanlah hidup dalam rumah kecil, persekitaran yang tidak bersih dan berbau busuk serta ada yang terpaksa duduk di luar rumah sementara menunggu ibu melayan pelanggan, semua itu membuatkan hati saya tersentuh.

“Apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah realiti dan saya berharap ia dapat membuka mata masyarakat supaya lebih prihatin dengan nasib mereka yang menghuni lorong gelap Chow Kit,” katanya yang turut berkongsi suaminya akan mengarah filem sulung bergenre aksi komedi yang digarap daripada pengalaman menyertai konvoi bermotosikal ke Pattaya, Thailand sebelum ini.


sumber

‘Probe assault on journalists’

PETALING JAYA: The National Union of Journalists (NUJ) has called on Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar to investigate the alleged assault of pressmen during Saturday’s Bersih 3.0 rally.


“The IGP should give an explanation,” said NUJ general secretary V. Anbalagan.

A number of press photographers were allegedly assaulted by police on Saturday. Some were also believed to have been intimidated.

“Why target the press?” Anbalagan asked, and questioned why some of their cameras were confiscated.

He urged journalists and videographers to e-mail their eye-witness accounts to NUJ at nujmsia@streamyx.com so that a formal report could be compiled.

The Association of Editors of Chinese Medium Malaysia president Pook Ah Lek said two Chinese newspaper photographers, Tan Chee Hui from Sin Chew Daily and another from Guang Ming Daily, were beaten up. “The Sin Chew photographer was hit on the back of his head and had his camera taken away, which was returned later. The Guang Ming photographer was beaten quite badly. This should not have happened,” said Pook.

Low Boon Tat, a photographer with The Star, said he was at the Masjid Jamek LRT station at around 7.30pm on Saturday when he was shouted at by policeman for snapping pictures of those being arrested before he was swiftly surrounded by about 10 uniformed personnel.

“I said that I was from the media and they ordered me to delete the photos in my camera,” he said, claiming that his leg was kicked.

“They then knocked my camera against the wall, smashing the lens.”

He said they also threatened to arrest him and dangled a pair of handcuffs in front of him before they took away his camera memory card.

Low lodged a police report at the Tun H.S. Lee police station yesterday.

Another photographer from The Star, P. Nathan said he was surrounded by five people, including policemen in uniform, after he snapped pictures near the Masjid Jamek LRT station.

They threatened to arrest him and seize his camera but he offered to clear his memory card of the images he had taken before they let him go.

Wong Onn Kin, a photographer from Guang Ming Daily, said he was at the Jalan Tun Perak - Jalan Raja intersection when police charged at protesters who had taunted the cops.

“Then, they saw me taking photos and grabbed hold of me before three officers punched the back of my head.

“I identified myself as a pressman but one of them tugged at my media tag until the strap snapped,” Wong said.

He said he was arrested and his camera confiscated. He was taken to a temporary detention centre and released at 9.30pm — minus his camera. He, too, has lodged a police report.

The Star executive director and group chief editor Datuk Seri Wong Chun Wai urged the IGP to carry out immediate investigations.

He said there had been previous protests but this was the first time so many photographers had complained about police obstructing them from carrying out their duties.

“This is most disturbing and unfortunate,” he said.

The Malay Mail managing editor Terence Fernandez said its photographer Arif Kartono made a police report, alleging that a group of officers pushed him to the ground and stomped on him while he was taking pictures.

“We are appalled that one of our own has been roughed up by the police while on duty.

“While we understand that the police were under tremendous pressure to contain the situation, their actions in assaulting pressmen who were on the job is inexcusable,” he said.

“The unprovoked actions of these rogue officers do not do justice to the entire force,” he said, adding that a formal complaint would be made to the IGP.


sumber

Saturday, April 28, 2012

Perhimpunan Bersih 3.0 - Foto

Mari kita lihat foto-foto perhimpunan Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah) yang diambil dari mlm tadi sehingga ke pagi ini.
Let's look at photos taken at KL today on Bersih gathering. the photos was taken from last night until this morning.
















 Digi mengambil peluang untuk membuat promosi

 Foto diambil dari KLCC


 Barisan Polis



Tuesday, April 24, 2012

Lensa Kamera Nikon yang terhad dijual di London

Preposterously large and rare Nikon 6mm f/2.8 lens for sale in London

via www.imaging-resource.com


Kanta/lensa Nikon luar biasa yang jarang dijumpai telah dijual di London. Seberat 11.5 pound, lensa f/2.8 6mm mempunyai sudut 220 darjah tontonan, kawasan imej 24x36mm, dan direka untuk "tujuan saintifik dan industri". Menurut British Journal of Photografy, kanta ini pada asalnya diumumkan pada 1970 untuk pertunjukkan perdagangan fotografi Photokina, dibuat untuk ditempah, dan pergi ke pengeluaran terhad pada tahun 1972. Buat masa ini untuk dijual £ 100 000, atau kira-kira $ 161 210, pada laman web Grays of Westminster. Itulah harga yang kecil untuk membayar bagi satu kanta yang boleh melihat dengan jelas ke dalam jiwa anda.


An exceptionally rare and equally large Nikon lens has turned up for sale in London. The 11.5 pound, 6mm f/2.8 lens has a 220 degree viewing angle, a 24x36mm image area, and was intended for "scientific and industrial purposes". According to The British Journal of Photography, the lens was originally announced at the 1970 Photokina photography trade show, strictly made-to-order, and went into limited production in 1972. It is currently for sale for £100,000, or roughly $161,210, on the Grays of Westminster website. That's a small price to pay for a lens that can clearly see into your very soul.


sumber

Gambar Menarik, gambar meteor ditangkap di Crater Lake National Park


Beyond the Rim

Crater Lake National Park, located high within the Cascade Mountains, provides visitors with knowledge and beauty the way her volcanic eruption produced lava 7700 years ago—steadily flowing with periodic bursts of insight and wonder. Her indigenous allure aroused deeper exploration, so I detoured off the grid and slowly trudged into the forested abyss. Just beyond the icy caldera rim, America’s deepest lake mirrored the prodigy of the night and created a liquid snapshot of man versus nature.

I don’t know how I get so lucky… The weather turned perfect here in the Pacific Northwest right before the peak time for the Lyrids meteor shower. I’ve had my eye on Crater Lake for some time and was waiting for the opportunity when all the elements would fall into place. It was an intense snowshoe/hike to get to this location and it took me over 3 hours to hike 3 miles; poor planning on my arrival at 1pm when the snow was heavy and wet. After finding a clearing and setting up the tent a few miles past Discovery point, the clouds gave way and it was all falling into place. After the sun went down I started the time-lapse, but I didn’t see any meteors. By 1:30am I changed batteries and started shooting this panorama made of 9 images. During the sequence I saw a massive, bright light fall from the sky and actually heard a sound like a small jet flying by. This was one of the craziest, brightest meteors I’ve ever seen. No clue how I got so lucky.


Foto oleh Brad Goldpaint

Crater Lake National Park, yang terletak tinggi di kawasan Pergunungan Cascade, menyediakan pengunjung dengan pengetahuan dan keindahan cara letusan gunung berapi menghasilkan lava 7700 tahun yang lalu. Tarikan asli ini membangkitkan penerokaan yang lebih mendalam, jadi saya berjalan dan perlahan-lahan masuk ke dalam jurang hutan. Tasik terdalam di Amerika ini mencerminkan keajaiban malam.

Saya tidak tahu bagaimana saya mendapat begitu bertuah ... Cuaca bertukar sempurna di sini di Pacific Northwest tepat sebelum waktu puncak bagi pancuran meteor Lyrids. Saya mempunyai mata saya pada Crater Lake untuk beberapa waktu dan menunggu peluang apabila semua unsur-unsur yang akan jatuh ke tempatnya. Untuk sampai ke lokasi ini membawa saya lebih dari 3 jam untuk mendaki 3 batu. Perancangan yang kurang baik semasa ketibaan saya pada 1 tengah hari apabila salji sangat tebal. Selepas mencari penjelasan dan mendirikan khemah. Selepas matahari jatuh, masa berlalu, tetapi saya tidak melihat mana-mana meteor. Oleh itu pada jam 01:30 saya menukar bateri dan mula menembak panorama 9 imej. Semasa urutan itu, saya melihat kejatuhan besar-besaran, cahaya terang dari langit dan mendengar bunyi seperti jet kecil terbang. Ini adalah salah satu yang paling gila, meteor terang yang pernah saya lihat. Tidak tahu bagaimana saya dapat begitu bertuah.



sumber