I'll blogged anything... Himpunan ape2 saje.. Artis|Hiburan|Lawak|Kelakar|Pelik|Video|Sains|Facebook
Followers
Klik Jika Anda Suka Blog Ini
Iklan / Advertisement
Iklan / Advertisement
Search
Thursday, May 3, 2012
Bob Kuman Meninggal Dunia
Kematian artis komedi terbabit yang berusia 40 tahun disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.
Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama “Jangan Pandang Belakang Congkak” di Hulu Langat tahun lalu.
sumber
Wednesday, May 2, 2012
Rita Rudaini Mahukan Aidil Beri Alasan Kukuh Mohon Cerai
Berikut ialah kata-kata Rita Rudaini:-
baca selanjutnya
Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Jejai
Nora Danish Doakan Perkahwinan Jejai dan Fasha Kekal
Monday, April 30, 2012
Mak Lawa, Anak Cun - Neelofa
sumber
sumber foto
Mangsa keadaan - Dira
Ramai menuding jari kepadanya walaupun Dira menafikan perkara itu kerana masyarakat percaya segala spekulasi itu apabila kerjayanya sebagai pengacara Melodi menjadi mangsa. Dira direhatkan dari mengendalikan program popular itu sejak 8 April lalu.
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran desas-desus itu? Sepanjang mengenali figura ini, dia tahan lasak, berjiwa kental dan tidak mudah tunduk dengan kegagalan. Wujud kesangsian dia tergamak melakukan kerja ‘bodoh’ itu semata-mata tertekan dengan liputan meluas kontroversi yang menjejaskan nama baiknya.
Ketika hadir menjayakan sesi fotografi bersama SELEBRITI, wanita sempoi ini cukup tenang bahkan tiada tanda-tanda dia mengalami tekanan. Malah ketika diajak berbual dari hati ke hati, penggemar motosikal berkuasa besar ini yang juga isteri pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof, masih sempat berjenaka.
Katanya, hampir lima tahun berada dalam industri jarang ceritanya diperkatakan. Namun disebabkan kisah satu malam itu, dia tiba-tiba popular.
“Sebelum ini hanya kisah perceraian saya dengan bekas suami diperkatakan. Itupun sekejap saja. Selebihnya, saya tidak ada kontroversi. Saya bekerja siang malam tetapi masih ada yang belum kenal saya tetapi kerana kontroversi ini, nama saya terus jadi panas. Bagus juga dari orang tak kenal, terus kenal.
“Sebenarnya, saya sendiri terkejut apabila mengetahui cerita pergaduhan itu sudah tersebar luas. Orang pertama yang saya hubungi adalah abang saya. Suami yang berada di Bangkok atas urusan kerja mengirimkan SMS untuk mengetahui cerita sebenar. Dia yang sudah faham dengan sepak terajang industri hiburan tanah air, minta saya bertenang dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
“Saya melihat dugaan ini dari sudut positif. Tidak guna melatah atau melenting kerana ia hanya akan burukkan lagi keadaan. Biarlah orang mahu fikir atau cakap apa saja. Lagipun benda sudah berlaku, saya tidak boleh tutup mulut orang daripada terus bercakap. Apabila penat, mereka akan berhenti dan keadaan akan reda dengan sendirinya.
“Saya tidak boleh ulas panjang cerita ini kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa dan biarlah mereka jalankan tugas. Apa yang boleh saya katakan, saya mangsa keadaan dan yakin kebenaran akan terungkap selepas siasatan selesai,” katanya.
Mengenai cerita dia minum bahan peluntur, sambil ketawa Dira menjelaskan memang benar dia bermalam di Hospital Serdang, Selangor baru-baru ini tetapi bukan kerana dakwaan itu sebaliknya masalah tekanan darah rendah dan serangan gastrik yang teruk.
“Saya muntah hingga lembik. Bimbang dengan keadaan saya, ibu mendesak saya bermalam di hospital. Peluang sebegini memang dinanti-nantikan ibu untuk memastikan saya dapat berehat. Sebelum ini, jika demam beberapa kali juga dia minta doktor tahan saya di hospital kerana dia tahu jika saya dibenarkan pulang ke rumah, saya akan keluar bekerja.
“Hairan, macam mana boleh timbul cerita saya minum bahan peluntur. Saya masih waras, takkan saya buat perkara yang terang-terangan ditegah agama. Jadi tak payahlah tokok tambah cerita,” katanya yang tidak lekang dengan senyuman.
Akui Dira, kontroversi yang merantai namanya itu langsung tidak menjadi kudis bahkan dia akan terus berada dalam industri selagi diperlukan. Andai rezekinya berkurangan selepas ini, dia reda sementelah memang ada hasrat untuk memperlahankan aktiviti seni.
Katanya, dia mahu tumpukan perhatian terhadap suami dan puteri tunggalnya, Tengku Anggun Deandra, 5, serta syarikat produksinya, Hyper Pictures Sdn Bhd serta bisnes permotoran, Red Garage.
“Empat tahun lepas, saya banyak terlepas momen penting dengan Anggun kerana sibuk dengan komitmen di lokasi penggambaran. Tidak lama lagi Anggun akan masuk sekolah rendah. Jadi sebagai ibu, saya mahu habiskan lebih banyak masa dengannya.
“Saya juga baru mendirikan rumah tangga, jadi kenalah ada lebih masa untuk suami. Kebetulan pula kami baru berpindah rumah, bolehlah saya fokuskan perhatian menghias rumah baru.
“Sebelum ini, saya jarang dapat ruang berehat. Lepas satu, satu penggambaran dan kerana itu saya putuskan jika ada tawaran selepas ini, saya akan berehat sekejap untuk luangkan masa dengan famili dan kemudian barulah kembali ke lokasi,” katanya.
Rutin harian Dira juga terisi dengan kuliah apabila bergelar pelajar sarjana Digital Filem dan TV di Universiti LimKokWing sejak empat minggu lalu. Ikut perancangan asal, lulusan Ijazah Perundangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mahu menyambung pengajian di Los Angeles selepas perkahwinan pertamanya berakhir.
Namun tawaran mengacarakan program Melodi terbitan TV3 dan kembali mendirikan rumah tangga membantutkan hasrat itu. Minggu pertama menghadiri kuliah dan memenuhi tuntutan tugasan yang diberikan pensyarah, akui Dira, terasa janggal tetapi keseronokan bergelar pelajar kian terasa. Malah dia sangat teruja bergaul dengan rakan sekelas yang datang dari pelbagai negara.
Pelacur hati kering
Menyingkap sisi kariernya, aktres manis yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama Cinta Dalam Hati bersama aktor popular, Remy Ishak ini berdebar menanti tayangan tiga filem lakonannya yang akan menemui penonton tahun ini iaitu Chow Kit, Untuk Tiga Hari dan Ngorat.
Paling hampir, tayangan Chow Kit akan bermula 3 Mei ini di mana Dira melakonkan watak Salina, tukang urut batin yang dulunya pernah melacur. Meskipun genre berat bukan asing baginya apatah lagi sebelum ini pernah menjayakan watak pelacur, cabaran kali ini disifatkan berbeza kerana ia untuk tayangan layar lebar yang menuntut kesempurnaan dari aspek persembahan.
Dalam filem ini, Dira perlu meletakkan dirinya sebagai insan yang membesar di lokasi hitam yang pernah menjadi nadi Kuala Lumpur.
“Membesar di lorong gelap menjadikan Salina berhati kering. Pengalaman hitam yang dilaluinya membuatkan jiwanya beku sehinggakan apabila temannya dirogol, dia menganggap kejadian itu sebagai perkara biasa.
“Jujur, wujud tekanan apabila menjayakan watak ini lebih-lebih lagi ada beberapa babak yang agak mengghairahkan. Lakonan di layar perak lebih ekstrim berbanding di TV. Segala kesilapan biarpun kecil, penonton akan nampak jadi kena buat betul-betul.
“Bagaimanapun saya bertuah kerana semua yang terbabit dalam penggambaran ini saling memahami dan membantu. Apabila ada babak yang menuntut fokus yang lebih, mereka akan biarkan saya bersendirian agar mood tidak terganggu,” katanya.
Tambahnya, pengalaman bergaul dengan penghuni lorong gelap membuka matanya terhadap banyak perkara bahkan wujud kesedaran dalam diri untuk lebih bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Naluri keibuannya tersentuh setiap kali melihat anak-anak lorong yang berkeliaran dan bermain di kawasan yang menyimpan 1001 cerita itu. Biarpun serba kekurangan, mereka tabah melalui keadaan itu dan berjiwa kental.
“Sepanjang tiga minggu berkampung di Chow Kit, saya dapat melihat macam-macam senario kehidupan. Paling menangkap perhatian, anak-anak yang membesar di lorong. Dari kecil mereka sudah biasa melihat dan terdedah dengan senario tidak sihat. Kasihan melihat mereka ini berkeliaran di tempat yang tidak bagus untuk pembesaran.
“Biarpun sedih jauh di sudut hati saya menghormati dan berasa sangat kagum dengan ketabahan mereka. Bayangkanlah hidup dalam rumah kecil, persekitaran yang tidak bersih dan berbau busuk serta ada yang terpaksa duduk di luar rumah sementara menunggu ibu melayan pelanggan, semua itu membuatkan hati saya tersentuh.
“Apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah realiti dan saya berharap ia dapat membuka mata masyarakat supaya lebih prihatin dengan nasib mereka yang menghuni lorong gelap Chow Kit,” katanya yang turut berkongsi suaminya akan mengarah filem sulung bergenre aksi komedi yang digarap daripada pengalaman menyertai konvoi bermotosikal ke Pattaya, Thailand sebelum ini.
sumber
Sunday, April 22, 2012
"Orang Tidak Tahu Sejarah Saya dan Zizan" - Aznil Hj. Nawawi

Bagi yang menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada dua minggu lalu, pasti anda agak terkejut dengan tindakan Aznil yang tiba-tiba naik ke pentas untuk menyerahkan trofi Pengacara Lelaki Popular ke tangan pemenangnya, Zizan Razak. Tindakan spontan Aznil itu selain mendapat reaksi positif, ia juga mengundang kata-kata nakal yang menganggap dia berlagak ‘diva’ dan tidak menghormati majlis.
Sebelum ini Aznil atau panggilan mesranya Pak Nil telah pun tampil memberi penjelasan berhubung isu ini. Jelas personaliti Astro ini dia bertindak demikian bukan kerana tidak boleh menerima kekalahan atau tidak menghormati majlis. Sebaliknya tindakannya itu dipacu oleh perasaan sangat gembira kerana akhirnya ada pengacara baru yang berjaya merampas trofi daripadanya.
Kelmarin, Pak Nil sekali lagi berkongsi cerita tentang perasaan dan pandangannya terhadap Zizan. Menurut pengacara Macam-Macam Aznil ini, salah faham mungkin timbul kerana ramai yang tidak tahu sejarah atau sejauh mana hubungannya dengan Zizan.
“Sebenarnya orang tak tahu sejarah saya dengan Zizan. Mungkin sebab itu mereka salah faham. Sebenarnya saya dan Zizan mempunyai hubungan yang sangat baik. Ketika dia ditawarkan menjadi pengacara Melodi, Zizan telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat.
Ketika itu, dia tidak pasti sama ada mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya. Tetapi, saya telah nasihatkan dia supaya rebut peluang yang ada kerana saya yakin dia boleh melakukannya. Selain itu, saya juga yakin pihak produksi percaya dengan bakat dia.
Saya cakap pada Zizan, ini adalah peluang terbaik untuk dia mencapai sesuatu yang besar dalam kariernya. Memang dia adalah seorang pelawak, tetapi dalam masa yang sama, dia juga berpotensi menjadi pengacara yang bagus. Atas nasihat saya itu, Zizan memberanikan diri menerima tawaran itu dan syukur terbukti kini dia menjadi pilihan penonton,”ujar Aznil panjang lebar.
Sementara itu, Aznil juga mendedahkan dia sebenarnya sudah lama ingin menarik diri daripada ABPBH. Ini kerana dia ingin memberi laluan kepada bakat-bakat baru. Namun, hasratnya itu sering kali tertangguh kerana pihak penganjur mahu dia turut memeriahkan acara hiburan itu.
“Sejujurnya, saya sudah beberapa kali menyuarakan hasrat saya untuk menarik diri. Namun, mereka (pengurusan Berita Harian) memujuk saya supaya sama-sama memeriahkan acara. Oleh kerana saya menghormati penganjur dan peminat yang tidak jemu memberikan sokongan, saya terus bersama ABPBH. Kehadiran saya pada setiap tahun bukanlah mengharapkan kemenangan, tapi sekadar memberi sokongan dan ingin melihat ada individu lain yang naik ke pentas,” ulas Aznil.
Berita Bob Kuman Meninggal Dunia Adalah Palsu

Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial hari ini disahkan palsu.
Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya.
Katanya, tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.
Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya.






