Followers

Klik Jika Anda Suka Blog Ini

Iklan / Advertisement

Iklan / Advertisement

Search

Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

Kata Laluan (Password) Yang Terlampau Famous

Salam. Harini admin nak share sikit dekat korang senarai password yang paling kerap digunakan di seluruh dunia pada tahun 2011. So, siapa2 yang rasa password korang ada dalam list ni, sila2 la ubah demi keselamatan akaun anda. Tak kira la akaun apa2 pun.


  1. password
  2. 123456
  3. 12345678
  4. qwerty
  5. abc123
  6. monkey
  7. 1234567
  8. letmein
  9. trustno1
  10. dragon
  11. baseball
  12. 111111
  13. iloveyou
  14. master
  15. sunshine
  16. ashley
  17. bailey
  18. passw0rd
  19. shadow
  20. 123123
  21. 654321
  22. superman
  23. qazwsx
  24. michael
  25. Football

sumber

Tuesday, May 1, 2012

Gambar Terhebat 2011 di Seluruh Dunia

 Bot Persiaran , Hama Yuri, tersadai 1300 kaki laut dan tersangkut di atas bangunan dua tingkat dalam kejadian tsunami di Jepun.

Penganut Kristian melindungi umat Islam bersolat di Kaherah, Mesir.

Pemberontak wanita menembak senapang AK 47 apabila mengetahui tentera Muammar Ghadafi berundur dari Benghazi pada 19 Mac.

Gunung berapi Puyehue meletus di Chile

Gambar diambil sejurus selepas kejadian tsunami di Jepun.

Seorang wanita berpaut pada tiang papantanda sewaktu banjir di Bangkok pada 24 Oktober.

Wanita menangis Natori, Miyagi, Jepun selepas gempa bumi dan tsunami berlaku.

Pusar air berlaku di pesisir pantai Jepun selepas kejadian tsunami pada 11 Mac.
 
Ribut debu di Phoenix, Arizona, US pada Julai.

Pemberontak Libya memegang pistol emas milik Muammar Ghadafi.


Monday, April 9, 2012

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011





SENARAI PEMENANG ABPBH 2011




Bintang Paling Popular - Aaron Aziz


Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz


Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin


Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz


Penyanyi Wanita Popular - Yuna


Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz


Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha


Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah


Artis Komedi Lelaki Popular - Johan Raja Lawak


Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias


Artis Baru Lelaki Popular - Johan Ariff As'ari


Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla


Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan


Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana


Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail


Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana




Anugerah Khas



Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Sheila Majid






myMetro

Thursday, March 22, 2012

Tiga Abdul Cemerlang SPM 2011


JITRA : Tiga beradik kembar yang lebih dikenali dengan nama ‘Tiga Abdul’ mencatat sejarah bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), di sini, apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan, semalam.

Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak masing-masing berusia 18 tahun menganggap kejayaan mereka sebagai hadiah kepada ibu bapa yang banyak berkorban serta memberi semangat kepada mereka.

Abdullah memperoleh keputusan 7A 2B; Abdul Rahim meraih 9A manakala Abdul Razak mendapat 8A 1B. Abdullah berkata, dia dan adik-adiknya tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu kerana ketika peperiksaan percubaan, mereka mendapat keputusan kurang baik.

Menurutnya, rahsia kejayaan mereka mendapat keputusan cemerlang dengan sentiasa memberi tumpuan ketika guru mengajar dan mengulang kaji pelajaran cara mereka.

“Kami bertiga selalu mengadakan perbincangan setiap malam dan akan merujuk kepada rakan lain seterusnya kepada guru jika tidak dapat menyelesaikan masalah.

“Selain itu, kami sering membaca al-Quran dan melakukan solat hajat terutama ketika menghadapi peperiksaan bagi mencari ketenangan.

“Kami juga mengamalkan makan kismis tujuh biji sebelum masuk ke bilik peperiksaan,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama dua lagi adik kembarnya.

Abdul Rahim juga berterima kasih kepada guru SMSAH yang banyak membantu mereka bersaudara, malah tidak jemu memberi tunjuk ajar serta sanggup datang pada waktu malam untuk mengajar terutama ketika menjelang hari peperiksaan.

“Memandangkan tinggal di asrama, kami menganggap guru seperti ibu bapa juga yang sentiasa mengambil berat sama ada pelajaran mahupun kehidupan seharian di asrama,” katanya yang menjadikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola.

Sementara itu, Abdul Razak pula berkata, walaupun gembira dengan pencapaian mereka, namun terkilan kerana seorang lagi kembar mereka, Abdul Rahman tidak dapat meraikan kejayaan itu bersama apabila meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang ketika berusia lima tahun.

Sumber Metro