Followers

Klik Jika Anda Suka Blog Ini

Iklan / Advertisement

Iklan / Advertisement

Search

Monday, March 26, 2012

Formula 1 Sepang 2012 - Tuah Hujan

Selepas lama namanya tenggelam, Fernando Alonso kembali menemui sentuhan pemanduan magis apabila muncul juara perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas semalam sekali gus melakar kemenangan ketiganya di Litar Antarabangsa Sepang selepas kali terakhir pada 2007.



Memandu jentera Ferrari, kemenangan yang dilakar juara dua kali itu bagaimanapun bukan mudah selepas menerima tentangan sengit daripada pendatang baru, Sergio Perez dari pasukan Sauber yang pada satu ketika hampir memotong Alonso, namun nasib tidak memihak kepada pemandu Mexico itu apabila terbabas di pusing ke 50.



Alonso pula menggunakan segala pengalamannya sejak kali pertama berlumba pada 2001 untuk memimpin saingan ketika perlumbaan bersambung semula selepas dihentikan seketika pada pusingan kesembilan akibat hujan lebat.



Sejak daripada itu, Alonso terus memecut laju tetapi Perez nyata tidak memberi ruang mudah kepadanya dengan kerap kali merapatkan jurang sebelum terbabas dan sekadar berpuas hati di tempat kedua.



Bagaimanapun aksi pemandu berusia 22 tahun itu yang beraksi pada musim penuh keduanya di F1 sudah cukup untuk menenggelamkan kejayaan Alonso apabila berjaya mencuri tumpuan ramai pihak selepas hanya bermula di petak kesembilan tetapi menamatkan perlumbaan dengan hanya ketinggalan 2.2 saat di belakang Alonso.



"Kejayaan ini agak mengejutkan kerana secara jujur kami tidak begitu kempetitif sepanjang minggu ini, begitu jugak ketika di Australia minggu lalu. Tetapi hari ini kami berjaya melakukan yang terbaik."



" Saya berjaya meraih kedudukan terbaik pada pusingan kelayakan dan hari ini memandu dengan penuh kesabaran. Apapun pasukan melakukan tugas dengan cemerlang.


" Kemenangan ini juga menunjukkan kami semakin menunjukkan peningkatan selepas agak bergelut pada awal saingan musim ini. Ia memberi motivasi terbaik kepada kami semua." kata Alonso.


Lewis Hamilton melakar skrip sama seperti di Australia minggu lalu apabila sekadar berpuas hati di tempat ketiga meskipun bermula dari petak pertama.


Sumber myMetro

No comments:

Post a Comment