Followers

Klik Jika Anda Suka Blog Ini

Iklan / Advertisement

Iklan / Advertisement

Search

Sunday, April 8, 2012

Wanita Sudah Meninggal Dunia Keluar Dari Keranda di China



Seorang nenek berbangsa cina berusia 95 tahun bernama Xiufeng Li telah disalahsangka mati selepas didapati tidak memberi apa2 tindakbalas dan tidak bernafas oleh jirannya, Qingwang Chen. Beliau ditemui sejurus selepas mengalami kecederaan kepala di rumahnya.

Chen telah singgah untuk membangunkan dia selepas mendapati dia tidak bangun pada waktu pagi untuk bersarapan. Chen cuba dan cuba untuk menggerak dia, tetapi dia tidak memberi tindak balas. Walaupun tubuhnya tidak sejuk, wanita tua itu telah diisytiharkan mati.

Chen, sebagai individu yang murah hati, bersama anaknya telah mengaturkan majlis pengebumian wanita itu, yang melibatkan tradisi yang menarik iaitu meletakkan mayat di dalam keranda di dalam rumah untuk membolehkan rakan-rakan dan keluarga peluang untuk mengucapkan selamat tinggal.

Pengebumian telah dirancang untuk diadakan pada 24 Februari, lima hari selepas beliau dimasukkan ke dalam keranda, tetapi menjumpai keranda tersebut dalam keadaan terbuka. Bayangkan betapa terkejutnya Encik Chen apabila mendapati keranda tersebut kosong.

Jiran-jiran yang lain telah dipanggil untuk mencari beliau. Selepas selesai mencari, mereka menjumpai beliau sedang duduk di atas bangku, memasak. Responnya? "Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya merasa lapar dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan. "

Hospital tempatan berkata dia mengalami kematian tiruan, yang nampaknya satu perkara sebenar.

Tradisi menyimpan keranda di dalam rumah yang mungkin telah menyelamatkan nyawa beliau, jika tidak dia mungkin telah ditanam hidup-hidup.

Malangnya, tradisi juga menyatakan bahawa barang-barang kepunyaan seseorang yang mati mesti dibakar dengan serta-merta selepas kematian, meninggalkan wanita berusia 95 tahun dengan tiada apa-apa.


Sumber

No comments:

Post a Comment