Followers

Klik Jika Anda Suka Blog Ini

Iklan / Advertisement

Iklan / Advertisement

Search

Showing posts with label ABPBH. Show all posts
Showing posts with label ABPBH. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

"Orang Tidak Tahu Sejarah Saya dan Zizan" - Aznil Hj. Nawawi


Bagi yang menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada dua minggu lalu, pasti anda agak terkejut dengan tindakan Aznil yang tiba-tiba naik ke pentas untuk menyerahkan trofi Pengacara Lelaki Popular ke tangan pemenangnya, Zizan Razak. Tindakan spontan Aznil itu selain mendapat reaksi positif, ia juga mengundang kata-kata nakal yang menganggap dia berlagak ‘diva’ dan tidak menghormati majlis.

Sebelum ini Aznil atau panggilan mesranya Pak Nil telah pun tampil memberi penjelasan berhubung isu ini. Jelas personaliti Astro ini dia bertindak demikian bukan kerana tidak boleh menerima kekalahan atau tidak menghormati majlis. Sebaliknya tindakannya itu dipacu oleh perasaan sangat gembira kerana akhirnya ada pengacara baru yang berjaya merampas trofi daripadanya.

Kelmarin, Pak Nil sekali lagi berkongsi cerita tentang perasaan dan pandangannya terhadap Zizan. Menurut pengacara Macam-Macam Aznil ini, salah faham mungkin timbul kerana ramai yang tidak tahu sejarah atau sejauh mana hubungannya dengan Zizan.

“Sebenarnya orang tak tahu sejarah saya dengan Zizan. Mungkin sebab itu mereka salah faham. Sebenarnya saya dan Zizan mempunyai hubungan yang sangat baik. Ketika dia ditawarkan menjadi pengacara Melodi, Zizan telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat.

Ketika itu, dia tidak pasti sama ada mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya. Tetapi, saya telah nasihatkan dia supaya rebut peluang yang ada kerana saya yakin dia boleh melakukannya. Selain itu, saya juga yakin pihak produksi percaya dengan bakat dia.

Saya cakap pada Zizan, ini adalah peluang terbaik untuk dia mencapai sesuatu yang besar dalam kariernya. Memang dia adalah seorang pelawak, tetapi dalam masa yang sama, dia juga berpotensi menjadi pengacara yang bagus. Atas nasihat saya itu, Zizan memberanikan diri menerima tawaran itu dan syukur terbukti kini dia menjadi pilihan penonton,”ujar Aznil panjang lebar.

Sementara itu, Aznil juga mendedahkan dia sebenarnya sudah lama ingin menarik diri daripada ABPBH. Ini kerana dia ingin memberi laluan kepada bakat-bakat baru. Namun, hasratnya itu sering kali tertangguh kerana pihak penganjur mahu dia turut memeriahkan acara hiburan itu.

“Sejujurnya, saya sudah beberapa kali menyuarakan hasrat saya untuk menarik diri. Namun, mereka (pengurusan Berita Harian) memujuk saya supaya sama-sama memeriahkan acara. Oleh kerana saya menghormati penganjur dan peminat yang tidak jemu memberikan sokongan, saya terus bersama ABPBH. Kehadiran saya pada setiap tahun bukanlah mengharapkan kemenangan, tapi sekadar memberi sokongan dan ingin melihat ada individu lain yang naik ke pentas,” ulas Aznil.


sumber

Monday, April 9, 2012

Zed Zaidi Tak Puas Hati Kemenangan Aaron Aziz di ABPBH ke 25


Benarkah Zed Zaidi tidak berpuas hati dengan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 yang telah berlangsung semalam?

Dimanakah silapnya semua ini? tentu setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Adakah Industri Hiburan Tanahair akan jatuh disebabkan kita memberi anugerah kepada artis luar negara?




sumber1
sumber2

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011





SENARAI PEMENANG ABPBH 2011




Bintang Paling Popular - Aaron Aziz


Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz


Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin


Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz


Penyanyi Wanita Popular - Yuna


Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz


Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha


Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah


Artis Komedi Lelaki Popular - Johan Raja Lawak


Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias


Artis Baru Lelaki Popular - Johan Ariff As'ari


Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla


Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan


Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana


Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail


Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana




Anugerah Khas



Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Sheila Majid






myMetro