Bayangkan anda berjalan lebih 100 meter dari pantai ke arah darat dan anda menemui sebuah pantai air masin.. Sangat menarik kan? ini adalah pantai Playa de Gulpiyuri yang terletak di Bandar Llanes, Utara Sepanyol.
Pantai air masin ini terjadi apabila ombak di Lautan Cantabrian menghasilkan terowong2 air di bawah tanah sehinggalah air berkenaan sampai ke pantai istimewa ini.
Seorang pemuda di China cuba mengakhiri nyawanya dengan membunuh diri. Walabagaimanapun dia telah diselamat oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.
Pemuda itu telah kehilangan ibunya sewaktu kecil dan wang bapanya telah dihabiskan oleh ibu tirinya. Oleh kerana pelbagai masalah keluarga, pemuda itu mengambil tindakan untuk membunuh diri untuk lari dari masalahnya.
Sewaktu dia sedang cuba terjun dari sebuah jejantas pejalan kaki, seorang wanita yang nampak kejadian tersebut telah menciumnya menyebabkan dia tergamam. Pada waktu berkenaan, bomba mengambil kesempatan untuk menarik pemuda tersebut dan menyelamatkanya.